.

 

 

 

Kelab ini telah diasaskan pada awal tahun 2001 oleh beberapa rakan yang berminat dalam komunikasi radio dua hala di Nilai, Negeri Sembilan. Pada tahun 2002 satu kertas kerja beserta lakaran undang-undang tubuh telah dirangka. Pendaftaran bagi penubuhan kelab ini telah terhenti buat seketika kerana memberi penumpuan kepada penubuhan satu organisasi lain di Kuala Lumpur.

Pada awal tahun 2003, satu jawatankuasa telah dibentuk bagi meneruskan pendaftaran Kelab Radio Amatur Negeri Sembilan. Jawatankuasa tersebut terdiri daripada :

Tn. Syed Shehan Bin Syed Sultan 9W2EG
En. Munzir Bin Abdullah Sani 9W2ZE
En. Muslim Bin Ali Munir 9W2LIM ketika itu SWL
En. Abd. Rahman Bin Ibrahim 9M2RD
En. Ahmad Hasni B. Jalilah 9M2ABC ketika itu SWL
En. Haris Fadzillah B. Hasan 9M2ALL ketika itu SWL
En. Mohd Amrin Zairy Adham 9W2BC
En. Azmi Bin Rahman 9W2JI
En. Md. Nasarudin B. Hj. Mazlan 9W2NSM ketika itu SWL

Mesyuarat bagi penubuhan ini telah diadakan di Restoran Al-Salam Bandar Baru Nilai. Mesyuarat telah dihadiri oleh wakil dari Malaysian Amateur Radio Transmitter’s Soceity (MARTS):

En. Zolkhonain Bin Norizan 9W2AC Vice President
Pn. Zuraidah Bt. Zainal 9W2ZU
En. Mohd Hafidzan Bin Ismail 9W2MC

Pendaftaran kelab telah diterima pada tarikh 2hb Oktober 2003 dengan Nama NEGERI SEMBILAN AMATEUR RADIO CLUB dengan No. Pendaftaran 1462-03-9.

 

Hakcipta Terpelihara 2013 © Negeri Sembilan Amateur Radio Club
PENAFIAN : Negeri Sembilan Amateur Radio Club tidak akan bertanggungjawab bagi sebarang kehilangan dan kerugian yang disebabkan oleh pengguna maklumat yang diperolehi dari laman ini. Paparan terbaik resolusi 1280 x 1024 piksel

Negeri Sembilan Amateur Radio Club,
P.O Box 310, 70730 Seremban,
Negeri Sembilan Darul Khusus,
West Malaysia, MALAYSIA

by m@top